Most Funny & Epic Malay Essay – Suasana Majlis Perkahwinan Abang Saya

17 February 2016
4 Comments

I know all of you are probably still in post-holiday mood right now; moody and don’t really wanna do anything but still need to pretend busy. This is why I wanted to share with you this hilarious karangan (essay) that I’ve written in Malay when I was in Standard 4 (10 years old). To me, it’s more hilarious than Chinese New Year blockbuster movies like The Mermaid and From Macau to Vegas III. Behold – my most epic Malay essay titled Suasana Majlis Perkahwinan Abang Saya (though I don’t really have a brother).

P/S: Text in pink is my current reaction.

Buku Latihan SRK (P) Pudu - where my most epic Malay essay was found

Buku Latihan SRK (P) Pudu – where my most epic Malay essay was found

Most Funny & Epic Malay Essay

Pada minggu lalu, abang saya membawa seorang gadis yang cantik jelita ke rumah kami. Dia memberitahu kepada emak saya bahawa dia telah jatuh cinta terhadapnya. Emak saya menyuruh abang saya menceritakan tentang latar belakang gadis itu. Abang saya pun mula menceritakan tentang latar belakang gadis itu.Selepas itu, emak mempertimbangkannya dahulu. Apabila emak selesai mempertimbangkannya, emak pun bersetuju jika abang berjaya melamarnya.

Pada keesokan harinya, abang saya cuba melamar gadis itu. Akhirnya, gadis itu bersetuju untuk berkahwin dengan abang saya *Syukur Alhamdulillah lor*. Abang saya sangat gembira pada hari itu. Apabila abang saya balik dari kerja, kami terpinga-pinga kerana hari itu, dia asyik ketawa dan senyum *that’s actually quite creepy*.

Selepas makan malam, abang saya memberitahu saya dan emak saya tentang berita gembira itu. Emak dan saya turut berasa gembira seperti abang saya.

Pada minggu depan, abang saya dan gadis itu akan pergi ke Pejabat Pendaftaran Perkahwinan untuk mendaftar supaya boleh menjadi suami isteri yang sah.

Mereka berdua akan berkahwin pada bulan depan. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan pun tiba *So fast?! Did we entered a time machine?*. Kami bersarapan pada hari itu hendaklah awal sedikit kerana kami hendak mengemaskan rumah *so last minute LOL*.

Rombongan pengantin lelaki sampai pada pukul sepuluh tiga puluh minit pagi. Sebelum pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki dikehendaki memberi angpau *ye betul!*.

Selepas itu, pengantin lelaki hendaklah menjemput pengantin perempuan untuk pergi ke rumah pengantin lelaki. Apabila sampai di rumah pengantin lelaki, pengantin lelaki dan pengantin perempuan boleh rehat, makan, minum dan sebagainya. Setelah itu, mereka mesti keluar ke tempat yang menarik seperti tokong, Muzium Negara, Planetarium Negara *HUH??* dan sebagainya untuk mengambil gambar perkahwinan *ohhhh….*. Kereta yang pengantin lelaki dan pengantin perempuan duduk itu dihias cantik-cantik dan mahal harganya. Nama kereta-kereta yang biasanya untuk pengantin-pengantin duduk ialah B.M.W., Volvo dan Mercedes *materialistic but true*. Biasanya ia disewa.

Apabila pengantin lelaki dan pengantin perempuan hendak masuk ke dalam rumah pengantin lelaki, pengantin lelaki hendaklah berjalan di hadapan, manakala pengantin perempuan pula berjalan di belakang *WTF?!*. Itulah adat orang Cina semasa perkahwinan *I’m pretty good at making things up*.

Setelah masuk ke rumah, pengantin lelaki dan pengantin perempuan hendaklah bersembahyang. Pada kira-kira pukul dua petang, upacara majlis perkahwinan pun dimulakan. Kawan-kawan pengantin lelaki dan pengantin perempuan dijemput makan di halaman rumah. Manakala pengantin lelaki dan pengantin perempuan hendaklah memberikan teh kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki sambil melutut.

Pada waktu malam pula, majlis perkahwinan telah diadakan di Restoran Overseas *advertorial ni!*. Pada masa itu, pengantin perempuan telah menyalin dua helai baju. Sehelai baju ialah baju perkahwinan dan sehelai lagi ialah yang berbantuk cheongsam.

Pada malam itu, banyak makanan telah dipesan. Bilnya mahal harganya *hahahaha too much info!*.

Kami sampai di rumah pada pukul sebelas malam.

Kami kelihatan letih tetapi gembira.

=END=

Saya berharap awak berasa gembira juga selepas membaca karangan yang lucu ini! 😆